14057539_1197116170362185_1320773037_n

anita & Masjid ; Perbincangan Dalam Konteks Maqasid Shariah

Penulis: Jasser Auda Penterjemah :

Muhammad Suhaimi
Izzat Naqib Md. Yusof
Ahmad Faiz M. Khalil

Muka Surat: 102 m/s
Penerbit: Institut Darul Ehsan

Antara persoalan yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak ialah tentang kedudukan dan peranan wanita dalam Islam. Ini merupakan soalan yang berulang dan berbagai-bagai buku telah ditulis untuk memberikan jawapan mengenainya. Salah satunya ialah buku ini yang dikarang oleh ilmuwan d bidang Maqasid al-Shari’ah dan pemikiran Islam iaitu Prof . Dr. Jasser Auda.

Kepakaran dan pengalaman Prof. Dr. Jasser Auda di lapangan keilmuan menjadikan buku ini ada nilai yang tersendiri. Selain itu, soalan-soalan yang bersifat malar segar yang dijawab beliau di dalam buku ini amat baik jika dapat dibaca oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang. Walaupun zahirnya tajuk buku ini tentang ‘wanita dan masjid’, namun persoalan yang dibncangkan lebih luas daripada itu